Sunday, June 15, 2008

Wednesday, June 11, 2008

AKAN PUPUSKAH BAHASA PERJUANGAN

Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Mengasihi

Pemuda dan pemudiku pada 16 Jun 2008 nanti, genaplah 100 hari pemerintahan Parti Islam SeMalaysia (PAS) bersama rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat di 5 buah negeri.

Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz, sebagai Menteri Besar Negeri Kelantan dimana sahaja menyampaikan ucapannya terus konsisten menjelaskan asas perjuangan PAS yang diperjuangkan iaitu membawa manusia kepada beriman kepada Allah dan Perkara Ghaib.

Kebimbangan ku ialah kepada pemuda dan pemudiku di negeri yang baru berjaya memerintah.

Apakah akan pupus selepas ini untaian-untaian kata didalam program tarbiyyah dan ceramah umum kita seperti:-

a. “Kita mesti mencari keredaan Allah bukan keredaan manusia” ditukar kepada “Kita mesti menjaga hati pengundi yang mengundi kita”

b. “Runtuhkan jahiliyyah dan tegakkan Islam di atas runtuhan jahiliyah tersebut” ditukar kepada “Kita akan meneruskan program-program yang ada kerana kalau tak ubah takkan jadi kafir kut”

c. “Kita mesti melaksanakan Islam yang syumul” ditukar kepada “Kita mesti melaksanakan secara berperingkat….. mungkin 50 tahun baru boleh sampai tahap syumul kita bukan nabi dan Kelantan”

d. “Iqamatu Deen, wa siasatut dunia bih” ditukarkan kepada “Kurang sesuai lagi kita nak laksana sekarang kerana masyarakat masih tak faham, kita kena bagi faham dulu”

e. “Kita mesti mengubah undang-undang ciptaan penjajah” ditukar kepada “Takkan semua kita nak kena tiru Kelantan”

f. “Kita mesti tubuh PASTI, sekolah rendah, menengah dan kolej sendiri untuk melatih kadir-kadir Islam kita dengan syakhsiah kita sendiri yang memahami bahasa Al-Quran” ditukar secara praktikal kepada “Ape enta pakai tak begaya nia….. sekarang kita kena pakai kot necktie, mesti tau cakap bahasa penjajah ………..kita jangan tunjuk lekeh”

g. “Omar Abdul Aziz ketika sebelum berkuasa adalah seorang hidupnya mewah, tetapi selepas berkuasa meninggalkan segala kemewahan tersebut……. bla…bla….” Ditukar kepada “Kita jangan tunjuk lekeh, kita kena tunjuk kepada mereka, kita pun tahu guna semua itu dan ia mana ada nas kata haram…. bla…. bla…usul fiqh… bla… bla”

g. Dan banyak lagi yang mungkin akan ditukar (pemuda dan pemudiku boleh tulis sendiri dan semak takut ianya berlaku kepada diri kita sendiri)

Mungkin apa yang ku tuliskan ini masih belum terjadi lagi dan tidak pernah terjadi kepada negeri-negeri baru yang kita perintah.

Tetapi naluriku merasa amat bimbang, jika pemuda dan pemudi ku tidak berlatih untuk sentiasa bertutur dalam mana-mana pertemuan dan perjumpaan serta mempraktikkan seperti Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz, Mursyidul Am PAS maka bahasa dan tindakan jujur dan benar kepada Islam yang diperjuangankan lambat laun akan pupus dari kamus perjuangan Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Apabila ianya pupus, akibatnya Allah Taala akan mencari orang lain sebagai pengganti untuk meneruskan perjuangan Menegakkan AgamaNya tanpa takut kepada celaan orang yang mencela.

Ya Allah lindunganlah kami semua dibawah lembayung rahmat Mu, untuk terus berada di Sirathol Mustaqim.

0 comments
Umar ibni Abd al-Aziz

Umar ibni Abd al-Aziz

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Umar ibni Abd al-Aziz (680-720) ialah khalifah Ummaiyyah yang memerintah dari tahun 717 hingga tahun 720. Tidak seperti khalifah Ummayyah sebelumnya, dia dialntik ke jawatan khalifah. Dia ialah sepupu khalifah sebelumnya dan ialah anak adik Khalifah Abdul Malik iaitu Abd al-Aziz.

Biografi

Umar dilahirkan pada tahun 682. Ada dua pendapat mengenaai tempat kelahirannya iaitu pendapat pertama dia dilahirkan di Madinah manakala pendapat kedua mengatakan dia dilahirkan di Mesir. Bapanya ialah Abd al-Aziz, Gabenor Mesir dan adik kepada Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Umar ialah cicit kepada Khalifah kedua Khulafa al-Rasyidin iaitu Saidina Umar Al-Khatab.

Menjadi Gabenor Madinah

Umar dibesarkan di Madinah dan tinggal di sana sehinggalah kematian ayahnya. Selepas itu dia dipanggil oleh Khalifah Abdul Malik ke Damsyik untuk mengahwini anak Khalifah Abdul Malik, Fatimah. Khalifah Abdul Malik meninggal dunia tidak lama kemudian dan digantikan dengan anaknya Al-Walid I yang kemudian melantik Umar sebagai Gabenor Madinah. Tidak seperti gabenor terdahulu, Umar menubuhkan sebuah majlis untuk membantunya menguruskan Madinah. Ramai orang berhijrah dari Iraq ke Madinah mencari perlindungan daripada kekejaman gabenor Iraq iaitu Hajjaj ibn Yusuf. Hal ini mendatangkan kemarahan Gabenor Iraq yang kemudiannya mendesak Khalifah Al-Walid supaya memecat Umar. Walaupun mendapat bantahan penduduk Madinah, Khalifah Al-Walid terpaksa tunduk kepada tuntutan Hajjaj.

Menjadi Khalifah

Umar terus tinggal di Madinah sepanjang pemerintahan Khalifah Al-Walid dan Khalifah Sulaiman. Khalifah Sulaiman yang juga merupakan sepupu Umar amat mengaguminya dan melantik Umar sebagai penggantinya walaupun ditentang oleh saudara terdekatnya. Umar dengan berat hati menerima jawatan ini walaupun mencuba beberapa kali untuk mengubah keputusan Khalifah Sulaiman. Umar tidak mementingkan kekayaan dan kemegahan dan memilih untuk hidup dalam kesederhanaan.

Walaupun mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi rakyat, beliau menggalakkan rakyat supaya memilih khalifah yang baru sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan pemerintahannya. Beliau membahagikan tanah jajahan Ummayyah kepada rakyat dan amat jarang menerima hadiah kerana takut dirasuah. Beliau juga mendesak kaum keluarganya supaya mendermakan barang kemas kepada perbendaharaan awam.

Perubahan Pentadbiran

Umar juga melakukan beberapa perubahan keagamaan. Dia menghapuskan amalan menyumpah Saidina Ali Abi Talib semasa khutbah Jumaat. Khalifah Umar juga menguatkuasakan undang-undang Syariah dan menghapuskan amalan pembayaran cukai Jizyah terhadap saudara baru Islam walaupun mereka telah memeluk Islam.

Walaupun beliau tidak berminat untuk mengembangkan empayar Ummayyah, beliau berjaya menumpaskan beberapa pemberontakan dan penentangan.

Kewafatan

Perubahan yang dilakukannya menimbulkan kemarahan golongan bangsawan Ummayyah yang kemudiannya merasuah seorang hamba untuk meracuni makanannya. Umar mengetahui mengenai perkara ini dan memaafkan pesalah ini. Beliau wafat pada tahun 720 di Aleppo. Beliau digantikan oleh sepupunya Yazid II.

Pengiktirafan

Hadis Nabi S.A.W

"Allah akan mengirimkan seorang mujaddid (orang yang memperbaharui urusan agamanya) setiap seratus tahun"

Ijtima' ulama bersepakat mengatakan bahawa untuk kurun pertama Hijrah, Umar ibn Abd Aziz merupakan mujaddid pada kurun tersebut.

Hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Adi ibn Hatim sebelum beliau menjadi Muslim

"Adi ibn Hatim. Barangkali yang menghalangi engkau memasuki Islam adalah dengan kemelaratan kaum muslimin. Akan tiba masanya nanti di suatu zaman di mana seluruh umat Islam tidak layak menerima zakat lantaran kekayaan yang telah mereka miliki"

Berkata Adi ibn Hatim setelah dia menjadi seorang Muslim

"Aku telah melihat dua perkara yang dinyatakan oleh Nabi dan aku bersumpah perkara ketiga mengenai kekayaan umat Islam pasti berlaku"

Yahya ibn Said (salah seorang gabenor ketika pemerintahan Umar ibn Abd Aziz) menceritakan pengalamannya

"Umar ibn Abd Aziz telah mengutus aku ke Afrika Utara untuk membahagi zakat. Lalu kucari fakir miskin di sana tetapi tiada seorang pun yang layak digelar fakir miskin. Khalifah Umar benar-benar telah menjadikan rakyatnya kaya"

Pemimpin Bani Abbasiyyah mengatakan

"Kami dapat menandingi kerajaan Bani Ummaiyyah dalam semua hal kecuali 4 perkara. Salah satunya ialah tiada orang seperti Umar ibn Abd Aziz dari kalangan kami buat selama-lamanya"

Cebisan kata-kata menarik

Pemerintah selalunya melantik pegawai untuk mengawasi rakyatnya. Aku melantik kamu untuk mengawasi diriku dan kelakuanku. Jika kamu mendapati aku melakukan kesalahan, bimbinglah aku atau halanglah aku daripada melakukannya.

- Umar ibni Abd al-Aziz.

Wednesday, April 16, 2008

Wasiat 10 Hassan Al-Banna

1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.
Blog ini akan memberi fokus kepada bahan Tarbiah ke Arah memperkasakan Fikrah Harakah
Abu 'Iffah

Tuesday, April 15, 2008

Mengisi Kemenangan

Alhamdulillah.. kita dapat melihat kemengan yang bermakna kepada semua petugas dan amilin jamaah khususnya di Negeri Kedah. Kemenangan ini adalah ujian kedua yang penuh cadaran dan dugaan. Kita sudah biasa dengan ujian kekalahan dan kini ujian kemengan adalah satu yang berbeza. Kata orang tua - tua ujian kalah mudah dihadapi ujian menang sukar dihadapi macam beruk dia jatuh jika tiupan angin perlahan dan dia tidak jatuh jika tiuapannya kuat. Maksudnya jika kita kalah kita akan banyak bergantung kepada Allah dan bila menang kita bimbang kita sibeuk sehingga lupa kepada Allah swt.
Jesteru para amilin jamaah marilah kita senantiasa muhasabh supaya kita dapat mepertingkatkan komitmen dan sumbangan kita bersama ke arah membina kemengan yangf panjang

Abu Iffah ( KIDU )
16 April 2008

Sunday, March 16, 2008

Selamat Datang

Selamat datang ke blog saya bagi menjana dunia maklumat melalui IT.